ASB Financing dan wang kutu?

×

Error message

Deprecated function: The each() function is deprecated. This message will be suppressed on further calls in _menu_load_objects() (line 579 of /home/uruspoke/domains/uruspoketanda.com/public_html/includes/menu.inc).

Wang kutu sememangnya sinonim dengan masyarakat melayu. Secara mudah, wang kutu adalah hasil simpanan secara berkelompok dan di serahkan kepada ahli kelompok secara giliran. Langkah ini bagus di sebabkan ada konsep bantu membantu sesama kelompok.

Tapi
- kadang kadang ada ahli team yang lambat bayar
- ada yang lagi sadis, ada yang ahli team, bila giliran kutu dia dah lepas, ghuyuppp.
- duit yang di masukkan, hanya dapat pada kadar yang kita masukkan jer, tak lebih dari tu.

***
***
Jom, saya tunjukkan, berbanding kutu, anda jadikan ASB Financing sebagai teman kutu anda.

Kalau anda gunakan kutu, sebagai medium simpanan, katakanlah anda ingin menyimpan lebih kurang RM300 dan anda nak gunakan wang tersebut selepas 2 tahun. Apa yang anda akan dapat

RM300 x 12bulan x 2 tahun = RM7200

Anda bijak. Anda tidak mahu terlibat atau terperangkap dengan masalah ahli team yang mungkin tidak berdisplin. Dan anda nak kan lebih berbanding hanya wang simpanan anda. Jadi anda gunakan ASB Financing dan buat sijil selama 2 tahun.

***********************
⏩Tahun Pertama

ASB Financing RM50K
Ansuran bulanan: RM270 
Keuntungan bank: 5.05%
Takaful Pembiayaan ASB: Tiada
Tempoh pembiayaan ASB: 30 tahun

1. Mohon ASB Financing tahun pertama. Bayar ansuran bulanan RM270 selama setahun. Selepas setahun, katakan dividen diumumkan 6.75%. Korang akan dapat dividen ASB: RM3375.

2. Gunakan duit dividen ASB untuk bayar ansuran bulanan pembiayaan ASB tahun kedua. RM270X12 = RM3240. Ada lagi lebihan RM135 dan bonus semasa.

Dividen: 6.75% X RM50K = RM3375
Ansuran ASBF: RM270 X 12 = RM3240
Baki dividen: RM33375- RM3240 = RM135

Gunakan dividen tersebut untuk bayar ansuran bulanan pembiayaan ASB RM5K korang. Ulang langkah yang sama untuk tahun berikutnya.

⏩Tahun Kedua

3. Mohon lagi pembiayaan ASB RM50K. Ansuran bulanan RM270. Guna duit gaji untuk membayar ansuran bulanan RM270. Setahun korang perlu bayar RM3240. Ansuran ASBF Tahun Pertama bayar guna duit dividen ASB. Jadi komitmen korang kekal RM270 sahaja, sama macam main kutu. Lepas dapat dividen, korang terus terminate kedua dua ASB Financing tu.

Selepas terminate ASB Financing tersebut, korang sudah tak ada komitmen bulanan lagi. Korang tak perlu bayar ansuran bulanan RM270 lagi. Bank sudah jual sijil ASB korang tu.

Pembiayaan ASB Islamik tak ada penalti jika korang terminate awal. Pembiayaan ASB tak ada lock in period. Iaitu tempoh tak boleh terminate pembiayaan ASB.

*

Selepas 2 tahun, korang akan dapat;

✅Dividen ASB terakhir : RM3,375

Pulangan prinsipal 
Tahun Pertama (24 bulan) : RM1500
Tahun Kedua (12 bulan) : RM732

✅Jumlah pulangan prinsipal : RM2232

Baki dividen setiap tahun: ✅RM135

Jumlah kasar keseluruhan : RM5,010+ RM4,107 = RM9,117✔

*

Secara ringkasnya,

Tahun Pertama : Mohon RM50K (ASBF RM50K)
Tahun Kedua: Mohon RM50K (ASBF RM100K)
(RM50K+RM50K)

Tahun Pertama: Buat ASB Financing RM50K. Dapat dividen buat ASB Financing RM50K dan seterusnya. Dapat dividen rolling dividen untuk bayar ansuran bulanan pembiayaan ASB tersebut. Jadi komitmen korang kekal RM270.

RM50K+RM50K = RM100K

Macam mana jika dividen ASB turun? Baki RM135 dan bonus kan ada. Boleh gunakan. Gaji korang setiap tahun meningkatkan. Gunakan sebaiknya.

*
beza anda dapat antara ASB Financing Islamic dan main kutu,

- RM9,117 - RM7,200 = RM1,917

Apa yang anda dapat dengan lakukan ASB Financing

- Lebihan wang RM1,917
- Hilang pening kepala kena uruskan wang ahli kumpulan kutu tanpa dapat sebarang imbuhan (Kalau anda ketua atau ahli team)
- Hilang pening kepala dengan perangai ahli team yang asyik ngelat nak bayar jer (Kalau anda ketua team)

*****
***
Ha.. Inilah cara bijak pelaburan. Kenapa perlu peningkan diri sedangkan anda mampu dapatkan lebih.

Nak consultation yang lebih baik untuk kewangan anda, whatsapp kami.