ASB : Frequently Asked Question (FAQ) bhgn 1

×

Error message

Deprecated function: The each() function is deprecated. This message will be suppressed on further calls in _menu_load_objects() (line 579 of /home/uruspoke/domains/uruspoketanda.com/public_html/includes/menu.inc).

*ASB : Frequently Asked Question (FAQ)*
➖➖➖➖➖➖

1. Apa itu ASB?

ASB atau Amanah Saham Bumiputera adalah dana unit Amanah yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui anak syarikatnya Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

2. Apa beza ASB dengan ASBF?

ASB melibatkan 2 entiti sahaja iaitu pelabur dan syarikat pengurus dana iaitu PNB. Ia adalah suatu bentuk simpanan biasa yang tidak melakukan simpanan paksa atau Force Saving.

ASBF atau pembiayaan ASB pula melibatkan 3 entiti iaitu pelabur, syarikat pengurus dana, dan bank sebagai pembiaya. Dalam CWA, pembiaya adalah CIMB Bank. Ia adalah suatu bentuk Force Saving atau simpanan paksa demi mencapai matlamat kewangan yang diinginkan. Kelebihan ASBF adalah pada nilai prinsipal yang akan dikembalikan. Keuntungan juga akan jadi lebih tinggi.

3. Apa itu Force Saving ASBF? 

Simpanan paksa atau simpanan wajib disimpan/ditolak dari gaji  bulanan demi untuk mencapai impian yang diinginkan.

4. Jika saya nak berhenti dalam 3 tahun, adakah saya akan dikenakan denda?

Anda tidak akan dikenakan denda. Pembiayaan ASB ni tiada lock in period. Jadi, anda boleh terminate bila- bila masa berdasarkan situasi kewangan anda dan sasaran kewangan anda. Prinsipal beserta dividen akan dipulangkan selepas termination melalui buku ASB atau akaun bank. Cuma saya 'strongly advise' untuk anda bersabar sekurang- kurangnya 3 hingga 5 tahun untuk mendapat pulangan yang berbaloi.