Bagaimana orang lama mengurus kewangan mereka?

×

Error message

Deprecated function: The each() function is deprecated. This message will be suppressed on further calls in _menu_load_objects() (line 579 of /home/uruspoke/domains/uruspoketanda.com/public_html/includes/menu.inc).

Pernahkah anda terfikir mengapa orang orang tua kita mampu menjaga anak anak dan dapat menyediakan keperluan anak anak walaupun duit di bank boleh di kira. Kerana mereka bersawah.

 

Sawah di dalam pelaburan.

Bagaimana orang orang tua kita mampu menjana pendapatan bulanan sedangkan sawah hanya boleh di tuai sekali setahun. Haa.. Perasan tak. Sebenarnya sementara dia menunggu sawah masak, orang orang lama akan menanam pokok mangga di sekitar sawah. Pokok mangga boleh di tuai 4 bulan sekali dan 4 kali setahun iaitu pada waktu musim buahan. Selain itu, mereka juga menanam pokok cili di sekitar pokok mangga sebagai pendapatan harian mereka. 

Inilah yang di buat oleh orang orang lama. Mereka memilik 3 pendapatan bagi pelan jangka pendek (menanam cili), jangka sederhana (menanam mangga) dan jangka panjang (menanam padi). Sekiranya mereka hanya mengharapkan pada keuntungan padi semata, mereka pasti akan mengalami masalah. Begitu juga dengan anda sepatutnya. Hanya mengharapkan pada satu sumber akan menyebabkan masalah pada kewangan anda.

 

Bersawahlah, tapi jangan harapkan hanya keuntungan sawah.

Anda memiliki gaji bulanan, namun jangan hanya mengharapkan gaji anda sahaja terutama sekiranya kewangan anda masih negatif. Pelbagaikan sumber pendapatan anda. Pelaburan unit amanah mampu menjadi sumber pendapatan jangka panjang. Dalam masa 5 hingga 10 tahun, untuk mendapatkan 8% hingga 10% setahun bukanlah sesuatu yang mustahil, namun pemilihan dana dan konsultan amatlah penting. Memilih konsultan yang salah, akan menambahkan risiko dana anda mengalami kerugian. 

Bagi jangka pendek, ASB Financing mungkin menjadi pilihan yang bagus. Ia mampu memberikan keuntungan dalam masa yang pendek. Ia adalah cara terbaik sekiranya anda ingin membuat simpanan dan pelaburan untuk wang deposit rumah, atau bagi simpanan perkahwinan. 

Itu adalah antara cara anda mendapatkan keuntungan selain dari gaji anda. Gaji anda mungkin dapat membantu bagi perbelanjaan bulanan anda, namun anda perlu mempunyai pendapatan lebih bagi membina simpanan kecemasan anda dan juga bagi menyediakan wang bagi membeli perkara yang memerlukan komitmen besar seperti kenderaan atau rumah.