BUDAYA SAVING ITU KEDEKUT?

×

Error message

Deprecated function: The each() function is deprecated. This message will be suppressed on further calls in _menu_load_objects() (line 579 of /home/uruspoke/domains/uruspoketanda.com/public_html/includes/menu.inc).

Kedekut kah?

Saya analogikan seperti kisah 1

________

Kedekut itu terlalu berkira apa yang akan/telah dibelanjakan, tidak kesah terhadap diri sendiri atau orang lain.

Ada juga yang terlalu berkira dengan bahagian yang akan diberikan kepada yang sepatutnya.

Seperti jika ingin memberi dia akan berkira apakah bahagian untuknya cukup mengikut kehendaknya.

Tetapi, Kita dinasihatkan, jika memberi, berikan yang terbaik, dan jangan ungkit kembali.

Cthnya: sebelum keluar membeli belah, Husna sememangnya telah mempunyai senarai barang yang ingin dibeli, tetapi bila berada di pasaraya, Husna hanya memilih barang yang mempunyai harga yang paling rendah.

Husna terlalu berkira apa yang akan/telah dibelanjakannya, menyebabkan suami Husna berasa rimas.

Kata² kedekut akan didengar jika individu tu, betul² berkira berapa yang akan/telah dibelanjakan sehingga menyusahkan diri, atau terlepas perkara yang benar benar penting seperti kesihatan dan kualiti kehidupan diri.

Kisah 2

___

Katakan Fiqa saving/ membuat simpanan sepanjang tempoh nya belajar di universiti. Kemudian Fiqa budayakan membuat simpanan hingga dia bekerja dan berumahtangga.

Sejak dari zaman universiti lagi, kawan² Fiqa memang kenal dgn sikap nya yang suka menyimpan, tetapi dipanggil oleh kawan² nya dengan jolokan kedekut.

Salah itu, kawan² mungkin melabel anda sebegitu kerana mereka hanya melihat anda berjimat ketika mereka berjoli.

Menabung memang perit. Sah sah kita kena short kan perbelanjaan kita. Tapi, dari situ, kita kenal yang mana satu perlu, yang mana satu mahu. Jadi, di situ dah dapat selamatkan diri dari belanja diluar keperluan.

Dan.. ada yang menyimpan disebabkan nak capai impian. Ayat nakalnya nak capai angan angan. Jangan samakan apa yang anda angan angan kan serupa angan angan Mat Jenin. Sebab anda sendiri tahu keupayaan dan ikhtiar diri anda, sama ada mahu target yang dibina itu capai atau tidak.

Ok. Berbalik kpd situasi Fiqa tadi, andaikan Fiqa sedang menabung untuk apa yang dikehendakinya. Sudah tentu, dia juga perlu untuk tunaikan tanggungjawab dia sebagai ahli masyarakat, anak, isteri dan ibu.

Keuntungan orang yang menyimpan, adalah dia berupaya untuk membantu orang lain pula, seperti sikapnya yang terbiasa menabung membuatkan dia boleh sediakan modal sekian² bahagian untuk bersedekah atau, dia mampu untuk mereward diri/ ahli keluarga nya..

Haa..hasil yang diperoleh bukan seperti 'yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang'..

Ada yang kata "perit kak, tiap² bulan nak kene menyimpan" ..

Perit/susah itu ikut kesediaan diri kita sendiri. Jika gaji awak kecil, bukan bermaksud pasang niat menabung, lepas tu, ikutlah apa nak jadi. Anda perlu mulakan walaupun secara dikit dikit.

Tapi, untuk yang sentiasa rasa perbelanjaannya negatif tiap² bulan, anda mungkin kene apply konsep force saving..paksa diri tu, untuk menabung..

Nak tahu kaedah macam mana nak buat force saving dan dapat keuntungan tahunan?

Mari ikuti post saya di FB ini atau pm saja di link kat bawah..k.

Sekian.

NORSYAFAWATI MUHAMMAD HASHIM

Consultant Kewangan, ASBf dan Unit Trust.

www.wasap.my/60132349146/consultant