CARA BINA DANA KECEMASAN

×

Error message

Deprecated function: The each() function is deprecated. This message will be suppressed on further calls in _menu_load_objects() (line 579 of /home/uruspoke/domains/uruspoketanda.com/public_html/includes/menu.inc).

*CARA BINA DANA KECEMASAN*

Dana kecemasan tu perlu ke??

Ada yang tak pernah sedia duit pun untuk dana kecemasan.

Yang dah buat rizab kecemasan tu, tahniah.

Haa..
Korang nak tau formula macam mana nak bina rizab kecemasan ni??

⛱Kerja kat jabatan kerajaan.
Korang yang kerja dalam jabatan kerajaan, tahniah. Sebab pendapatan bulanan tetap. Ada insentif kesihatan, cuti tahunan dan wang pencen. Tapi.. betul ke, tak perlu bina rizab kecemasan?? 
Perlu. Ada kala berlaku juga perkara luar jangka. Formula, simpan wang korang sama seperti nilai 3 bulan gaji.

⛱Kerja di bahagian swasta.
Yang kerja di sektor swasta, tak kurang penting juga kay. Bina rizab kecemasan. Selalu, korang dah siap siap ambil takaful kan. Tak salah pun, yang salahnya, tak sediakan simpanan dari pendapatan untuk guna waktu yang sangat sangat perlu. Formula mudah, cukupkan 6 bulan nilai gaji atau pendapatan untuk simpanan kecemasan.

⛱Kerja sendiri/berniaga.
Ramai betul peniaga online zaman media sosial ni. Game untuk yang bekerja sendiri atau berniaga ni, tinggi permintaan, lagi tinggi hasil jualan. 
Yang dah kukuh berniaga, untung tak pegang kat tangan. Modal niaga dah cover. Tarik nafas lega lah. Tapi, ingat dana kecemasan perlu sediakan. Formula, bina rizab kecemasan, simpan 12 bulan nilai pendapatan. Banyak? Yaa. Mungkin nilai ni masih belum mampu nak bangunkan bisnes korang jika berlaku masalah masalah rumit hingga jejaskan perniagaan korang.

Kesimpulan, bagaimana nak hadapi masalah tak cukup simpanan untuk bina rizab kecemasan, ni?
Lakukan simpan paksa. Simpan biar secara paksa. Kalau nak tunggu lebihan dari gaji..hmm..bila nak cukupnya tu.

NORSYAFAWATI MUHAMMAD HASHIM
https://www.facebook.com/syafacwa