
ZAKAT ASB/ASBFINANCING
.
Dividen dah dapat, mari kita belajar bayar zakat ASB pula :
Syarat Wajib Zakat ada 4 :
1. Islam
2. Milik Sempurna
3. Cukup Nisab
4. Cukup Haul
.
> HAUL ASB
Cukup haul bermaksud telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari(uruf)
Jumlah simpanan ASB dan Dividen ASB yang cukup Nisab mesti berlalu tempoh setahun baru dikenakan zakat. Ambil kiraan baki terendah dalam tempoh 1 tahun untuk pengiraan nisab.
.
.
> NISAB ZAKAT ASB
Nisab adalah kadar harta yg mewajibkan dibayar zakat padanya.
Disebabkan zakat ASB dianggap sebagai zakat simpanan. Kiraan nisab adalah hasil tambah semua akaun simpanan.
Contoh :
Akim ada 3 akaun simpanan.
Jumlah terendah akaun simpanan Akim dalam masa 1 tahun
Akaun A = RM3,000
Akaun B = RM5,000
Akaun C = RM2,000
Simpanan ASB = RM5,000
Nisab 2018 = RM14,772
Walaupun, simpanan ASB tidak mencukupi nisab, namun simpanan ASB tetap dikenakan zakat kerana hasil tambah akaun simpanan Akim telah melebih kadar wajib zakat.
3,000 + 5,000 + 2,000 + 5,000 = RM15,000
.
Zakat semua akaun simpanan = 2.5% x 15k = RM375.00
Atau
Zakat ASB = 2.5% x 5k = RM125
.
.
> NISAB ZAKAT ASB Financing/ pembiayaan ASB.
Sijil Pembiayaan ASB - Tidak sempurna milik ❌
Dividen ASB - CASH ✔
.
Kiraan Nisab ASBF
Jumlah terendah akaun simpanan Akim dalam masa 1 tahun.
Akaun A = RM3,000
Akaun B = RM5,000
Akaun C = RM2,000
Katakan Sijil ASBF adalah RM200k
Dividen adalah RM14,000
Jumlah simpanan = RM3,000 + RM5,000 + RM2,000 + RM14,000 = RM24,000
Nisab 2018 = RM14,772
Oleh itu, jumlah simpanan telah melebihi kadar nisab.
Zakat semua akaun simpanan = 2.5% x 24k = RM600.00
Atau
Zakat ASBF = 2.5% x 14k = RM350
Untuk kes Teknik Rolling.
Jika Dividen digunakan keseluruhannya sebelum cukup tempoh setahun. Tiada zakat dikenakan.
Jika masih meninggalkan baki dividen dan baki tersebut cukup tempoh 1 tahun :
- Zakat dikenakan jika jumlah keseluruhan simpanan cukup nisab.
- Zakat tidak dikenakan jika jumlah keseluruhan simpanan tidak cukup nisab.
.
.
Kesimpulannya, zakat ASB dikenakan zakat jika :
ISLAM ✔
CUKUP NISAB ✔
CUKUP HAUL ✔
MILIK SEMPURNA✔
Selamat membayar zakat..!
Untuk maklumat lebih detail, sila berurusan dengan pusat zakat di tempat anda
Kalkulator Zakat
https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/zakat-wang-simpanan#
.
Muhd Al Abqori
CIMB Wealth Advisor
019 384 5067