Kenalpasti pelaburan anda

KENALPASTI PELABURAN ANDA

1. Kenalpasti risiko pelaburan anda. Ingat! Semakin besar potensi keuntungan pelaburan anda, biasanya semakin besar risiko anda. Sekiranya anda ingin bermain di tepian pantai (kurang risiko), anda perlu hadapi kemungkinan ikan tak banyak dan tak besar. Sekiranya anda ingin menangkap ikan di lautan dalam (lebih risiko), anda akan bertemu lebih banyak kemungkinan untuk memperolehi hasil yang lebih besar.

Ketahui risiko anda dan ketahui kaedah pengurusan risiko terbaik.

2. Ketahui sama ada pelaburan anda ada pengurus dana atau tidak. Memiliki pelaburan yang Ada pengurus dana dapat mengurangkan risiko kerugian pelaburan tersebut. Jadi anda boleh hidup lebih senang lenang mengetahui bahawa ada mereka yang boleh di harapkan sedang bekerja untuk memastikan keuntungan terbaik untuk anda.

 

Norsyafawati Hashim

Rakan Pelaburan Anda