Limit ASB dan ASB Financing/Loan tak sama.

×

Error message

Deprecated function: The each() function is deprecated. This message will be suppressed on further calls in _menu_load_objects() (line 579 of /home/uruspoke/domains/uruspoketanda.com/public_html/includes/menu.inc).

Limit ASB dan ASB Financing/Loan tak sama.
=========================

Ada lagi orang masih terkejut bila ada orang simpan ASB sampai 1 juta.

Sebelum itu, korang kena bezakan dulu 2 perkara ni :

ASB - Amanah Saham berharga tetap yang diuruskan oleh ASNB iaitu anak syarikat PNB.

ASB Financing - Instrumen pembiayaan oleh pihak bank untuk menyuntik modal pelaburan dalam akaun ASB.

Limit asal ASB adalah RM200,000 atau 200,000 unit berharga RM1 untuk setiap individu bumiputera. Namun limit ASB akan bertambah setiap tahun disebabkan pembahagian dividen dan Bonus. Jadi, kalau korang simpan RM200,000 hari ini. 30 tahun akan datang limit ASB korang boleh capai RM1.5 juta. Wow kan.? 

Walaubagaimanapun, apabila korang apply ASB Financing. Korang hanya boleh apply RM200k max walaupun limit ASB dah sampai 1 juta.

Limit ASB merangkumi :

1. Cash 
✔Simpanan cash.
✔Dividen dan bonus dari hasil jumlah simpanan cash dan sijil bercagar.

2. Sijil bercagar 
✔ASBFinancing/Loan

Soalan 1 :

Jika limit ASB saya telah bertambah, adakah limit ASB saya akan berkurang semula apabila saya keluarkan simpanan ASB saya?

Tidak. Limit ASB korang tidak akan berkurang.

Soalan 2 :
Jika ASBF dah ada RM100k, boleh lagi ke nak tambah RM100k lagi.?

Boleh jika limit ASB korang masih belum max.

Tidak boleh jika limit ASB sedia ada telah max. Pindahkan semua cash ASB ke akaun bank lain supaya permohonan anda layak.

Soalan 3 :
Boleh lagi ke kita nk transfer duit CASH ke dalam akaun ASB skrg?

Boleh jika limit ASB korang masih belum max.

Tidak boleh jika limit ASB sedia ada telah max.

Biasanya akaun ASB yang baru dibuat pada tahun yang sama. Limit masih RM200k.

Dah faham?

Jom tambah ASBF lagi dengan saya..

Like&Share

Muhammad Al Abqori 
CIMB Wealth Advisor 
019 384 5067
ASBF.UT.PRS.Takaful