Mengapa wanita kurang bercakap mengenai perancangan kewangan?

×

Error message

Deprecated function: The each() function is deprecated. This message will be suppressed on further calls in _menu_load_objects() (line 579 of /home/uruspoke/domains/uruspoketanda.com/public_html/includes/menu.inc).

*Mengapa wanita kurang bercakap mengenai perancangan kewangan?*
----------------------------------------------------------------------

Wanita sering beri alasan untuk tidak bercakap mengenai perancangan kewangan.

Daripada kupasan buku 'Rich Women' tulisan Kim Kiyosaki, dapat diperhatikan wanita kurang diberi tugas untuk mengendalikan hal kewangan dalam keluarga. Mereka sepenuhnya percaya hal kewangan perlu diurus oleh lelaki iaitu suami.

Jika difikir secara realiti, ilmu kewangan bukan terbatas kepada kaum lelaki sahaja. Kerana wanita di Malaysia juga punyai kupayaan untuk lakukan pengurusan kewangan dan turut terlibat dalam dunia pelaburan.

Mari kita kaji, apa itu pengurusan kewangan dan apakah pentingnya ilmu pengurusan kewangan pada wanita.
.
.
APA ITU PENGURUSAN KEWANGAN
---------------------------------------------------------
Pengurusan kewangan adalah mengenalpasti perbezaan di antara pendapatan dan perbelanjaan dan tahu kaedah terbaik untuk mengolah perbelanjaan anda supaya tidak melebihi pendapatan.
.
.
Baik, apa pentingnya ilmu pengurusan kewangan pada wanita?

Berikut adalah sebab wanita perlu celik ilmu kewangan:

1. Anda tidak tahu masa depan anda .
Pernah dengar kesah wanita umur 40an atau 50an , " Kami begitu bahagia semasa muda. Kemudian kami semakin terpisah. Dia meninggal saya kerana berjumpa dengan perempuan yang lebih muda. Buat pertama kalinya dalam hidup ini saya sebatang kara".

2. Kita tidak tahu bila dana kecemasan akan digunakan.
Seorang rakan saya sering mengambil cuti kecemasan dek kerana kesihatan ibunya yang tidak menentu. Bukan sahaja dipotong gaji kerana sering mengambil cuti kecemasan, bahkan beliau turut perlu menanggung kos perubatan ibunya.

3. Kehendak atasi keperluan.
Seorang wanita mewarisi rumah pusaka peninggalan arwah ibunya. Ibu bapanya telah tinggal di rumah berkenaan selama 40 tahun. Akan tetapi untuk menyelenggara rumah berkenaan perlukan modal yang besar mengakibatkan dia kesempitan wang lalu menjual rumah berkenaan pada harga yang jauh lebih murah daripada nilai sepatutnya.

Jadi, apa solusi nya❓
-----------------------------------
Wanita perlu tahu dan cakna mengenai pendidikan kewangan. Dapatkan maklumat mengenai sumber pendapatan pasif ataupun cakna mengenai kedudukan kewangan keluarga anda. Contohnya, tahu pemilikan harta suami anda. Tahu pemilikan akaun suami anda dan ambil cakna juga bagaimana pengurusan harta selepas ketiadaan suami.

Ini adalah sedikit ulasan kenapa pentingnya pembabitan wanita dalam dunia pengurusan kewangan.

Sedikit sebanyak point dari tulisan ini adalah olahan daripada buku Rich Women tulisan Kim Kiyosaki.

 

Berminat mengetahui lebih lanjut. Klik di sini.
.
Dari wanita untuk wanita
NORSYAFAWATI MUHAMMAD HASHIM
Team Urus Poket Anda