RINGKASAN PEROLEHAN DIVIDEN ASB 2018

×

Error message

Deprecated function: The each() function is deprecated. This message will be suppressed on further calls in _menu_load_objects() (line 579 of /home/uruspoke/domains/uruspoketanda.com/public_html/includes/menu.inc).

Ringkasan perolehan.

Tahniah buat semua pelabur , dah dapat hasil dividen. Wah, senyum meleret lah ye. Dah dapat bonus tahunan.

Semalam, PNB umumkan 7.00 sen perunit agihan pendapatan termasuk bonus.

Haa..tahu tak, PNB sendiri maklumkan, keuntungan modal berdasarkan pelaburan.

Sebabtu, kaedah pembiayaan ASB, adalah pemohon sijil ASBf laburkan sejumlah modal  paling max RM200 000, paling minima RM10 000.

Pengiraan hasil pendapatan dan bonus berdasarkan purata baki minimum.

Jika anda labur dari 1 Jan 2018 hingga 31 Disember 2018, tanpa mengeluarkan modal dalam tahun berkenaan, hasil perolehan termasuk bonus bagi modal yang dilabur:

RM 10 K, terima RM 700 
RM 50 K, terima RM 3500
RM 100 K, terima RM 7000
RM 200 K, terima RM 14 000

Soalan yang biasa ditanya, untung ke, kalau saya labur dekat hujung tahun. 
Baik, ini bagi pengiraan hasil pendapatan bagi mereka yang labur di tengah tahun 2018, atau hujung tahun 2018.

Kaedah:

(n/12) x (nilai sijil) x (7/100)

Katakan Alif mohon sijil ASBf RM50K dan permohonan lulus pada 1 Jun 2018.

Maka hasil pendapatan alif termasuk bonus :

(6/12) x RM 50 000 x (7/100) = RM 1750

Dapat❓

Jika kita teliti,

⚫ Pemohon pembiayaan ASB tiada peluang mahu keluarkan wang sijil pembiayaan, kerana pembiayaan wujud dalam bentuk sijil. Tetapi mereka boleh keluarkan wang hasil perolehan dividen.

⚫ Agihan pendapatan bakal membabitkan kepada 9.6 juta pemegang unit ASB.
 
⚫ Tahun 2018, merupakan tahun yang mencabar bagi pasaran kewangan global dan domestik yang menerima kesan daripada normalisasi dasar monetari Amerika Syarikat dan aliran keluar dana dari pasaran baharu.

⚫ Agihan pendapatan dan bonus 2018 adalah 6.50 + 0.50 = 7.00%
Iaitu Agihan pendapatan ASB kekal kompetitif dan berada pada tahap sederhana jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Norsyafawati Muhammad Hashim
Consultant Pembiayaan ASB

www.facebook.com/syafacwa