Scammers?

×

Error message

Deprecated function: The each() function is deprecated. This message will be suppressed on further calls in _menu_load_objects() (line 579 of /home/uruspoke/domains/uruspoketanda.com/public_html/includes/menu.inc).

Sebahagian dari anda mungkin sensitif pada perkataan ini, dan mungkin sebahagian yang lain merasakan perkara biasa dengan ini.

Jom kita lihat beberapa jenis scammer yang anda perlu elakkan.

1 Sistem Ponzi

Sistem ini menarik investor (pelabur) untuk melabur ke syarikat mereka dengan menawarkan keuntungan yang sangat besar. Kemudian kita di tawarkan dengan percent (komisyen) tambahan sekiranya kita menarik pelabur lain.

Sebenarnya, apa yang mereka lakukan adalah, mereka akan membayar imbuhan bagi pelabur yang pertama bagi memberi keyakinan untuk pelabur tersebut mengajak pelabur lain dan akhirnya, hilang.

2 Penipuan berlakon sebagai pegawai polis/banker

Biasanya mereka akan menghubungi mangsa yang di lihat agak naif. Jangan terkejut, sewaktu mereka menghubungi anda, mereka akan memaklumkan mereka dari pegawai polis atau pegawai bank dan sekiranya anda kurang percaya, mereka akan membocorkan beberapa maklumat peribadi anda untuk mengukuhkan dakwaan mereka.

Percayalah, sebahagian maklumat peribadi sudah menjadi bukan peribadi. Sebagai contoh, plat kereta, alamat dan jenis bank anda. Bagaimana mereka mengambilnya, sebahagian adalah dari pemerhatian mereka terhadap mangsa secara jangka masa panjang, dan sebahagian kerana kecuaian mangsa (etc, memaparkan gambar di fb dan lain lain.)

Sekiranya ianya terjadi, double confirm dengan pihak yang berwajib. Jangan percaya secara bulat bulat.

3 Memenangi hadiah

Teknik ini agak lapuk. Tapi percayalah, masih ramai yang boleh terpengaruh. Di sebabkan sifat ingin cuba atau ingin mendapatkan durian runtuh. Biasanya mereka akan menghubungi anda, dan pihak ketiga akan hubungi anda menyatakan wang anda masih tak boleh di tunaikan dan perlu di buat pembayaran supaya wang tersebut boleh di akses.

Setelah anda membuat pembayaran, mereka akan hubungi untuk bayaran tambahan. Pembayaran pertama mungkin agak murah, pembayaran kedua akan lebih mahal. Akhirnya setelah anda membuat pembayaran sebanyak berkali kali, walaupun anda merasakan anda di tipu, percayalah, anda akan berada dalam dillema. Sama ada meneruskan bayaran seterusnya, atau menghentikan bayaran dan lupakan bayaran bayaran lama yang telah di buat.

Sekiranya anda berada dalam keadaan ini dan telah membuat bayaran pertama dan merasakan adanya elemen penipuan, segera laporkan kepada polis atau pihak berkuasa.

*******************

Ini adalah antara 3 contoh skim scammers yang popular dan biasa terjadi.

Apa yang anda perlu buat untuk mengatasinya.

Elakkan dari mengupload gambar peribadi yang memberi maklumat tentang diri anda.

Sekiranya berlaku sebarang panggilan yang di ragui, ambil masa. Hubungi pihak berkuasa dan sekiranya boleh, rekod panggilan suara tersebut.

Elakkan membuat pembayaran terhadap perkara perkara yang di ragui.

************

Bagi pelaburan,

-Pastikan ejen atau penasihat kewangan berdaftar dengan FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia)

- Elakkan pelaburan terus kepada syarikat yang tidak di kenali umum. Mungkin pulangannya besar, namun risikonya juga besar. Apatah lagi anda mungkin terdedah kepada skim ponzi.

-Sekiranya ingin melabur kepada syarikat syarikat tertentu, mohon mereka menyediakan penyata kewangan syarikat atau sesuatu bagi meyakinkan diri anda.

-Elakkan melabur pada skim yang menyatakan "anda wajib dapat sekian sekian". Dalam pelaburan, anda terdedah pada untung rugi. Namun ada pelaburan berisiko rendah, berisiko sederhana dan berisiko tinggi. Peka terhadap jenis pelaburan anda.

-Elakkan melabur dalam mana-mana jenis pelaburan yang di red flag BNM. Anda boleh semak syarikat alert list BNM melalui link ini 

http://www.bnm.gov.my/index.php…

Di harapkan sedikit nota dapat membantu anda dalam dunia pelaburan anda.

Norsyafawati Hashim

Rakan Pelaburan Anda

0132349146