TENTANG KAMI

×

Error message

Deprecated function: The each() function is deprecated. This message will be suppressed on further calls in _menu_load_objects() (line 579 of /home/uruspoke/domains/uruspoketanda.com/public_html/includes/menu.inc).

 

Urus Poket Anda di bina bagi membantu membina kesedaran rakyat Malaysia mengenai pengurusan kewangan peribadi. Kami bermula sebagai team yang membina kesedaran pelaburan, namun akhirnya kami sedar, pembinaan pelaburan semata tidak akan membantu pelabur bahkan akan memerangkap pelabur pada bahagian bahagian tertentu. Di situ kami memulakan perkhidmatan pengurusan kewangan, takaful dan pewarisan.

 

Urus Poket Anda membincangkan pelaburan melalui ASB Financing- islamic , Unit Amanah (Melalui kesemua medium), Skim persaraan swasta, dan hartanah. Pelaburan ini merupakan pelaburan berpotensi untuk mendapat pulangan dan dalam masa yang sama dengan bantuan dari team urus poket anda yang terlatih, pelaburan anda boleh di sesuaikan dengan matlamat anda.

 

Antara perkhidmatan takaful yang di tawarkan oleh team Urus Poket Anda adalah skim takaful perubatan, skim takaful hayat, dan skim takaful pendidikan. Kesemua takaful adalah satu keperluan. Namun, setiap perlindungan memerlukan caj tersendiri. Pihak kami akan memberikan konsultansi terbaik bagi perlindungan yang mungkin anda serta keluarga anda benar benar perlukan.

 

Bagi perkhidmatan wasiat dan hibah, kami juga menyediakan konsultansi hibah dan wasiat sebagai perancangan ke mana harta anda patut pergi setelah berlaku sesuatu pada diri anda.